Tuesday, September 10, 2024
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Didenda $14,100 kerana miliki rokok seludup

    Oleh Nour Maghfirah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 OGOS – Nur Fauziah binti Abdullah @ Chan Puei Sien, seorang penduduk tetap, didenda $14,100 di Mahkamah Majistret Kuala Belait kelmarin selepas mengaku bersalah memiliki rokok seludup.

    Menurut Pendakwa Raya Kastam, kesalahan itu berlaku pada 5 September 2023, jam 10:47 pagi apabila pegawai-pegawai Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Jabatan Kastam dan Eksais Diraja melakukan serbuan di sebuah rumah di kawasan RPN Kampung Panaga, di Seria.

    Dalam serbuan itu, pihak berkuasa merampas 11 karton dan 66 paket rokok pelbagai jenama.

    Pemangku Majistret Kanan Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid memerintahkan Nur Fauziah menjalani hukuman penjara setahun jika denda tidak dibayar. Semua rokok diarah dirampas dan dimusnahkan oleh kerajaan.

    – Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda