Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Didenda $9,800, simpan rokok seludup

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 DIS – Seorang lelaki berusia 36 tahun hari ini telah diperintahkan oleh Mahkamah Majistret untuk membayar denda sebanyak $9,800 kerana menyimpan rokok seludup di rumah.

    Abdur Ar Rahman bin Zabidi akan menjalani hukuman penjara selama 10 bulan jika gagal membayar denda tersebut.

    Pendakwa raya kastam mendedahkan bahawa sepasukan pegawai pencegah kastam telah pergi ke rumah defendan di RPN Bukit Beruang pada petang 22 November lalu.

    Hasil pemeriksaan membawa kepada penemuan sembilan karton dan 17 paket rokok pelbagai jenama yang didapati diimport tanpa pengisytiharan.

    Majistret Kanan Hajah Ervy Sufitriana Haji Abdul Rahman juga telah mengarahkan agar rokok yang dirampas itu untuk dimusnahkan.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda