Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Doa Kesyukuran sempena hari puja usia

    Oleh Yusrin Junaidi & Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 FEB – Bersempena Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri yang ke-49 tahun, Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) serta Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) secara berasingan telah mengadakan majlis kesyukuran, hari ini.

    Majlis kesyukuran bagi Kementerian Pertahanan dan ABDB telah diadakan secara serentak di seluruh surau di perkhemahan, pangkalan dan garison ABDB termasuk Masjid Pulau Baru-Baru, dengan tumpuan utama di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison melalui pendekatan Whole-of-Ministry.

    Hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd Kadir; Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, setiausaha tetap dan timbalan-timbalan setiausaha tetap di Kementerian Pertahanan, seluruh peringkat kepimpinan serta warga Kementerian Pertahanan dan ABDB.

    Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardu Maghrib berjemaah diikuti dengan solat Sunat Hajat, bacaan surah Yasin, dan Doa Kesyukuran Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia. Majlis diakhiri dengan solat Fardu Isyak berjemaah.

    Sementara itu, PPDB pula telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran dan Solat Sunat Hajat di Surau Polis Gadong di mana hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Haji Awang Mohammad Irwan bin Haji Hambali.

    Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis, Dato Seri Pahlawan Sulaiman bin Alidin serta para pengarah, timba-lan pengarah, para pegawai pemerintah daerah polis, ketua-ketua formasi, pegawai-pegawai kanan, anggota serta kakitangan PPDB.

    Majlis yang dikendalikan oleh Badan Ugama Islam (BUI) PPDB itu dimulakan dengan bacaan surah Yasin, tahlil dan seterusnya Doa Kesyukuran serta diakhiri dengan solat Fardu Asar berjemaah.

    Timbalan Menteri Pertahanan turut hadir pada majlis Doa Kesyukuran di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison.
    Pesuruhjaya Polis hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di Surau Polis Gadong. – Gambar serahan PPDB
    Antara yang hadir pada majlis anjuran PPDB.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...