Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Doa Kesyukuran sempena puja usia

    Oleh Sim Y.H. –

    TUTONG, 18 FEB – Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ke-50 Tahun, kelmarin.
     
    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di Surau As-Salam, hospital berkenaan ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar. 
     
    Turut hadir ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan), Dr Hajah Anie Haryani binti Haji Abdul Rahman; Pemangku Ketua Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan, Pengiran Dr Haji Khalifah bin Pengiran Haji Mohd Ismail, ketua-ketua jabatan, berserta pegawai-pegawai dan kakitangan di hospital berkenaan.
     
    Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardu Zuhur berjemaah dan sembahyang Sunat Hajat berjemaah. 
     
    Kemudian, majlis diikuti dengan Doa Kesyukuran sempena Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia yang dipimpin oleh Ketua Guru Agama, Hospital PMMPMHAMB, Pengiran Haji Radiman bin Pengiran Haji Tengah.
     
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham semasa menghadiri majlis di Surau As-Salam, Hospital PMMPMHAMB, Tutong, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN KESIHATAN
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda