Wednesday, February 12, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Doncic buat penampilan sulung LA Lakers

    LOS ANGELES, 11 FEB – Luka Doncic mencatat 14 mata, lima rebound dan empat assist dalam penampilan pertamanya bersama Los Angeles Lakers, yang menewaskan Utah Jazz 132-113, semalam.

    LeBron James mengumpul 24 mata, lapan assist dan tujuh rebound, manakala Austin Reaves menyumbang 22 mata ketika Lakers meraih kemenangan keenam berturut-turut.

    Doncic, yang menyertai Lakers melalui pertukaran mengejut dari Dallas Mavericks 2 Februari lalu, kembali beraksi buat kali pertama sejak mengalami kecederaan betis pada Hari Krismas. Dia hanya bermain kurang daripada 24 minit sebagai langkah berjaga-jaga dan tidak diturunkan pada suku keempat setelah Lakers menguasai perlawanan sepenuhnya.

    Diperkuatkan oleh kehadiran bintang baharu mereka, Lakers mempunyai tujuh pemain yang mencatat mata dua angka dan berjaya melakukan 54.3 peratus jaringan dari lantai, mendahului dengan kelebihan maksimum 34 mata.

    Lauri Markkanen dan John Collins masing-masing menjaringkan 17 mata untuk Jazz, yang kini telah tewas sembilan perlawanan berturut-turut di tempat lawan.

    Doncic mempamerkan beberapa aksi cemerlang dalam perlawanan sulungnya dengan jersi Lakers, termasuk hantaran alley-oop kepada Jaxson Hayes hanya 50 saat selepas permainan bermula serta satu lontaran jarak jauh tiga suku gelanggang kepada James yang menghasilkan layup pada minit terakhir separuh masa pertama.

    Bagaimanapun, selepas berehat panjang akibat kecederaan, Doncic kelihatan masih mencari rentak apabila hanya berjaya melakukan lima daripada 14 percubaan dan satu daripada tujuh balingan tiga mata (14.3 peratus).

    Lakers akan menentang Jazz sekali lagi dalam perlawanan seterusnya di Utah pada Rabu. – AP

    Luka Doncic (atas kiri), melakukan percubaan sambil diperhatikan oleh Keyonte George (3), bersama Jordan Clarkson (00) dan Johnny Juzang (kanan), pada separuh masa pertama perlawanan bola keranjang NBA, 10 Februari, di Los Angeles. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda