Saturday, September 28, 2024
34.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    DPMM FC menang bergaya Liga Belia B20

    Oleh Fadhil Yunus –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 JULAI – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenaan menghadiri pertandingan Liga Belia Bawah 20 Tahun (B20) anjuran Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (FABD) 2023 antara pasukan DPMM FC menentang pasukan Panchor Murai FC yang berlangsung di Stadium Mini Jerudong, hari ini.

    Dalam perlawanan tersebut, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim berhasil mencipta gol kemenangan pada minit ke-59 apabila DPMM FC menewaskan Panchor Murai dengan jaringan 2-1.

    Ia merupakan gol kedua YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim dalam penampilan berturut-turut selepas berjaya mencetak gol sebelum ini dalam perlawanan pembukaan ketika pasukan DPMM FC menentang IKLS-MB5 FC.

    DPMM FC mendahului perlawanan tersebut melalui jaringan Awangku Hadi Aiman bin Pengiran Hamizal pada minit ke-27. Seminit kemudian, Habibul Hakim Sapawi menjaringkan gol untuk mengikat kedudukan seri 1-1.

    DPMM FC meneruskan permulaan musim cemerlang setelah mencatatkan dua kemenangan berturut-turut apabila membuka kempen perlawanan dengan kemenangan 2-1 menentang IKLS-MB5 FC.

    DPMM FC seterusnya dijadualkan akan menentang FC Phosphor pada 21 Julai, nanti.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan menyaksikan perlawanan Liga Belia Bawah-20 Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (FABD) antara pasukan DPMM FC yang disertai anakanda, YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim menentang Panchor Murai FC di Stadium Mini Jerudong Park. Turut berangkat ialah anakanda-anakanda, YTM Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah, YTM Pengiran Muda Muhammad Aiman dan YTM Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa’ Raihaanul Bolkiah. – Gambar oleh Infofoto
    YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim semasa beraksi dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Mini Jerudong, kelmarin. – Gambar oleh Infofoto

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda