Saturday, September 28, 2024
30.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    DPS tawar Kursus Pemandu Motor Sangkut

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 SEPT – Darussalam Pilotage Services Sdn Bhd (DPS) kini menawarkan Kursus Pemandu Motor Sangkut (Kelas 9 Terhad) kepada orang ramai.

    Kursus yang diiktiraf oleh Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam (PBMP) berkenaan akan diadakan di Pusat Latihan DPS dan disampaikan oleh pelatih DPS yang diiktiraf oleh pihak PBMP.

    Antara tujuan kursus adalah untuk memastikan individu yang mengendalikan bot atau motor sangkut mempunyai pengetahuan, kemahiran dan pemahaman yang mencukupi tentang keselamatan serta penggunaan bot-bot kecil.

    Sesi pengambilan bagi para peserta kursus kini telah dibukakan. Bagi orang ramai yang ingin mendaftar dan mengetahui lebih lanjut bolehlah melayari laman sesawang dps.com.bn.

    Kursus yang dianjurkan DPS akan dibukakan kepada orang ramai. – GAMBAR SERAHAN DPS
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda