Wednesday, February 5, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dropper loop mudah dan efisien

    Oleh Raz AS

    Ikatan Dropper Loop adalah teknik ikatan mudah bagi membolehkan pemancing memasang mata kail bagi persembahan umpan yang tergantung di atas tanah dengan batu pemberat berada di bahagian hujung perambut, atau memasang lebih daripada satu bentuk mata kail seperti anjun.

    Cara mengikat Dropper Loop mudah saja, Langkah pertama untuk mengikat Dropper Loop adalah dengan membuat satu lingkaran besar mengikut kepanjang unjuran yang diingini.

    Kemudian buat lilitan pada bahagian pertemuan tali sebanyak beberapa kali, sekurang-kurangnya 4-5 kali. Sebagai alternatif untuk memudahkan langkah ini, anda bolehlah menyelitkan batang anak mancis atau batang pensil.

    Pastikan lubang pertama yang terhasil melalui lilitan tersebut tidak tertutup, berhati-hati semasa mengeluarkan batang mancis tersebut dan tahan menggunakan jari.

    Kemudian masukkan bahagian tengah lingkaran ke dalam lubang tadi dan perlahan-lahan tarik keluar. Sebagai langkah terakhir basahkan tali dan tarik pada bahagian pangkal tali untuk mengemaskan ikatan.

    Teknik mengikat Dropper Loop.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda