Saturday, December 14, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua anggota renjer cedera ditembak empat individu di Daerah Chanet

    NARATHIWAT, 13 DIS – Dua anggota renjer cedera selepas ditembak oleh empat individu bersenjata di Daerah Chanet, Narathiwat di selatan Thailand pagi tadi.

    Ketua Polis Daerah Chanet, Kol Pol Naravi Awaerong berkata kejadian berlaku pada pukul 10:45 pagi waktu tempatan ketika lapan anggota renjer dalam perjalanan ke rumah mangsa banjir untuk membaiki kediaman mereka.

    “Secara tiba-tiba, anggota renjer berkenaan diserang oleh empat individu bersenjata yang menunggang motosikal dan melepaskan beberapa tembakan,” katanya kepada pemberita kelmarin.

    Beliau berkata serangan itu menyebabkan dua anggota renjer cedera akibat terkena tembakan di bahagian dada.

    Tambahnya, siasatan awal polis menemui lebih 10 kelongsong peluru M16 berdekatan lokasi kejadian, selain kesan darah mangsa yang ditemui dalam kenderaan mereka.

    “Kedua-dua mangsa kini menerima rawatan di Hospital Prince of Songkhla University, Hat Yai, dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” katanya.

    Beliau turut memaklumkan bahawa pihak polis sedang giat menjalankan siasatan untuk menjejaki dalang di sebalik serangan itu. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda