Sunday, October 6, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua askar, enam suspek militan terbunuh dalam pertempuran di Kashmir

    NEW DELHI, 7 JULAI – Dua anggota tentera dan enam suspek militan terkorban dalam dua pertempuran berasingan di Kashmir yang ditadbir India, menurut polis, hari ini.

    Ketua Polis Kashmir, Vidhi Kumar Birdi, memaklumkan kepada AFP bahawa pihak berkuasa di wilayah yang dipertikaikan itu telah ‘melaksanakan dua operasi berasingan’ di beberapa kampung di daerah Kulgam.

    “Dua anggota pasukan keselamatan terkorban, dan pertempuran masih berlanjutan di kampung Modergram dan Frisal Chinnigam,” katanya.

    “Kami telah menemui mayat dua pengganas di Modergram dan empat lagi di Frisal Chinnigam,” tambah Birdi.

    Insiden itu merupakan yang terkini dalam peningkatan serangan di wilayah yang dipertikaikan itu.

    India dan Pakistan kedua-duanya mendakwa Kashmir yang majoriti penduduknya bergama Islam dan telah berperang sebanyak tiga kali untuk menguasai kawasan Himalaya tersebut.

    Kumpulan pemberontak telah melancarkan pemberontakan sejak 1989, menuntut kemerdekaan wilayah tersebut atau penyatuannya dengan Pakistan.

    Konflik itu telah meragut puluhan ribu nyawa orang awam, anggota tentera dan pemberontak. – AFP

    Orang awam ketika berusaha untuk memadamkan kebakaran di Srinagar, Kashmir yang dikawal India, pada 24 Jun. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda