Wednesday, February 5, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua polis maut dalam letupan lapangan terbang

    CUCUTA, COLOMBIA, 15 DIS – Dua pegawai polis maut selepas bahan letupan meletup di lapangan terbang sempadan Colombia dengan Venezuela yang turut mengorbankan penyerangnya, menurut pegawai keselamatan.

    Penyerang itu melompat ke dalam pagar di kawasan landasan lapangan terbang antarabangsa Cucuta sebelum meletupkan bahan letupan yang dibawa bersamanya.

    Pegawai berkenaan, David Reyes, 38, dan William Bareno, 42 telah terbunuh apabila pakar bahan letupan meninjau kawasan itu dan menjumpai beg pakaian, “ yang turut meletup, kata ketua pasukan polis Cucuta, Kolonel Giovanni Madarriaga.

    Menteri Pertahanan Colombia, Diego Molano berkata insiden itu merupakan serangan oleh ELN, yang menolak perjanjian damai 2016 dengan organisasi gerila yang lebih besar iaitu FARC.

    Polis berkata, tidak jelas sama ada bahan letupan yang dibawa oleh penyerang yang tidak dikenali itu meledak sebelum waktunya atau jika serangan itu adalah pengeboman bunuh diri, satu perbuatan luar biasa dalam konflik Colombia yang berlarutan.

    Polis dan anggota keselamatan mengepung lapangan terbang itu, yang menggantung semua penerbangan selama tujuh jam.

    Beberapa buah rumah juga mengalami kerosakan disebabkan letupan itu.

    Sekurang-kurangnya lima serangan menggegarkan wilayah yang bersempadan dengan Venezuela sejak pertengahan tahun ini. – AFP

    Saudara-mara berkabung semasa penghormatan kepada anggota polis yang terbunuh selepas letupan di Lapangan Terbang Camilo Daza di Cucuta, Colombia pada 14 Disember 2021. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda