Sunday, March 16, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua produk Mi diarah tarik balik

    PUTRAJAYA, 26 APRIL – Susulan isu pencemaran ethylene oxide dalam produk Mi Kari Putih Penang Ah Lai dan Indomie Perisa Ayam Spesial, Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengarahkan pihak syarikat untuk membuat penarikan balik secara sukarela produk Mi Kari Putih Penang Ah Lai bagi batch yang mempunyai tarikh luput 25 Ogos 2023 dari pasaran Malaysia.

    KKM juga telah mengeluarkan arahan untuk tindakan Tahan, Uji dan Lepas bagi produk mi segera jenama Indomie Perisa Ayam Spesial keluaran Indonesia di semua pintu masuk negara dan meminta pihak syarikat menarik balik secara sukarela produk terlibat dari pasaran.

    Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dalam kenyataan hari ini berkata, KKM mengambil maklum laporan oleh Pihak Berkuasa Kesihatan Taiwan mengenai isu pencemaran ethylene oxide dalam produk Mi Kari Putih Penang Ah Lai dari Malaysia dan mi segera jenama Indomie Perisa Ayam Spesial. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda