Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua warga Filipina terbunuh dalam pelanggaran di laut

    MANILA, 31 JAN – Dua warga Filipina maut dan dua pelancong asing cedera dalam insiden perlanggaran di laut di wilayah Batangas, selatan Manila pada tengah hari tadi, lapor Xinhua memetik kenyataan pihak berkuasa.

    Pengawal Pantai Filipina (PCG) berkata insiden itu berlaku pada kira-kira 12:30 tengah hari waktu tempatan berhampiran Matoco Point di Bandar Batangas, melibatkan kapal penumpang MV Ocean Jet 6 dan teksi air.

    PCG berkata tiga lagi pelancong asing selamat. Kelima-lima warga asing itu merupakan penumpang teksi air yang dikendalikan oleh empat warga Filipina.

    Kesemua 105 penumpang dan 19 anak kapal MV Ocean Jet diselamatkan oleh pasukan penyelamat.

    Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca perlanggaran. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda