Sunday, October 27, 2024
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Duet dengan Aina? Hael berteka-teki

    Hael Husaini enggan mengiya atau menafikan bakal muncul dengan single duet bersama Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36, Aina Abdul.

    Sebaliknya, Hael menjelaskan, sebagai pengkarya dia terbuka bekerjasama dengan sesiapa sahaja jika diberi peluang.

    “Setiap kerja, iaitu apabila saya diberi peluang untuk berkarya dengan artis hebat, saya akan terima.

    “Tambahan pula, kita tahu Aina adalah salah seorang artis yang sangat hebat dan terbaik di dalam industri muzik.

    “Kalau betul-betul ada rezeki, kami sentiasa terbuka untuk bekerjasama,” katanya kepada BH Online.

    Baru-baru ini, tular video Hael yang popular dengan single Jampi itu memutarkan lagu baharu di mana suara penyanyinya mirip Aina ketika dia berada dalam kenderaan.

    Biarpun tidak mendedahkan identiti si penyanyi, namun, netizen memetik nama Aina sebagai pemilik vokal terbabit.

    Ogos lalu, Hael atau nama sebenar, Hal Husaini Razmi, 36, pernah memberi bayangan bakal berduet dengan pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu (AJL) sebanyak tiga kali menerusi ciapan di platform X. – Agensi

    Hael terbuka bekerjasama dengan sesiapa sahaja jika diberi peluang. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda