Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Durant alami kecederaan buku lali

    LOS ANGELES, 5 DIS – Penyerang Phoenix Suns, Kevin Durant, mengalami kecederaan selepas pergelangan kaki kirinya terseliuh dan akan terlepas dari perlawanan NBA minggu depan, menurut beberapa laporan hari ini.

    Durant mengalami kecederaan pada suku kedua perlawanan baru-baru ini ketika kemenangan 104-93 ke atas San Antonio selepas dia menginjak kaki Julian Champagnie dari Spurs.

    ESPN dan Arizona Republic melaporkan bahawa Durant akan terlepas perlawanan di New Orleans, Miami, dan Orlando sebelum pemeriksaan semula minggu depan.

    Durant, juara NBA dua kali, telah mencatatkan purata 25.8 mata, 6.7 rebound, dan 3.1 assist untuk Suns musim ini. Dia juga terlepas selama 11 hari bulan lalu akibat kecederaan otot pada betis kiri.

    Dengan rekod 12-8, Suns berada di tempat keenam dalam Persidangan Barat. Mereka mencatatkan 11-2 apabila Durant beraksi dan 1-6 tanpa kehadirannya.

    Pemain yang berusia 36 tahun itu merupakan Pemain Paling Bernilai (MVP) NBA 2014, seorang 14 kali Pemain Terpilih NBA All-Star, serta dua kali MVP dalam NBA Finals dan NBA All-Star Game. – AFP

    Kevin Durant bertindak balas selepas jatuh semasa separuh masa pertama permainan bola keranjang NBA di Phoenix pada 3 Disember. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda