Thursday, February 6, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Edin Dzeko wira Roma

    PARIS, 16 APRIL – Roma menempah tempat ke separuh akhir untuk bertemu Manchester United dalam aksi Liga Europa selepas mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Ajax semalam dengan kemenangan agregat 3-2.

    Edin Dzeko (gambar) menjaringkan gol penyamaan 18 minit sebelum tamat perlawanan buat pasukan bimbingan Paulo Fonseca yang mana mereka dilihat lebih banyak bertahan dalam perlawanan itu. Roma akan bertemu menentang United yang turut mara ke separuh akhir dengan agregat 4-0 selepas menang 2-0 menentang kelab La Liga, Granada di Stadium Old Trafford.

    “Saya tidak pernah mara ke separuh akhir sebelum ini, jadi saya amat bangga terutamanya memandangkan kami mewakili Itali ketika ini,” kata Fonseca yang kini berada dalam tekanan kerana musim yang mengecewakan dalam saingan Serie A.

    “Ia adalah sumber kebanggaan bagi Roma dan kami semua sangat gembira.”

    Roma kini satu-satunya wakil dari Itali yang masih meneruskan perjuangan dalam saingan di Eropah. Mereka turun beraksi di Stadio Olimpico dengan berbekalkan kelebihan tipis, dua gol yang dijaringkan pada aksi pusingan pertama minggu lalu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda