Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Eksekutif tertinggi AS ditembak mati

    NEW YORK, 5 DIS – Seorang lelaki bersenjata menembak mati seorang eksekutif insurans kesihatan terkemuka Amerika Syarikat (AS) di luar sebuah hotel di New York kelmarin.

    Ketua Pegawai Eksekutif UnitedHealthcare, Brian Thompson, ditembak mati ketika dia bersedia untuk berjumpa dengan pelabur di mana lelaki bersenjata itu menembak beberapa kali sebelum menggunakan basikal yang disewa untuk melarikan diri ke arah Central Park, kata polis.

    Menerusi gambar kamera keselamatan yang dikeluarkan oleh polis menunjukkan pembunuh mengacukan pistol dan memakai hood. Detektif menawarkan ganjaran AS$10,000 untuk menangkap lelaki itu.

    Ketua Detektif Joseph Kenny berkata, penembak tiba dengan berjalan kaki kira-kira lima minit sebelum Thompson berjalan kaki melepasi pintu masuk ke Hilton.

    Kenny berkata, suspek telah menghampiri Thompson dari belakang dan melepaskan beberapa kali tembakan. – AFP

    Kawasan kejadian di mana Thompson ditembak ketika dia memasuki New York Hilton pada 4 Disember di New York. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda