Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Eksport rumpai laut kering, ramyeon Korea cecah paras tertinggi baharu

    SEOUL, 11 DIS – Eksport rumpai laut kering dan mi segera Korea Selatan, dipanggil ramyeon, dijangka mencapai rekod tertinggi tahun ini, menurut data kerajaan dan sumber industri Korea, kelmarin.

    Menurut data daripada Kementerian Lautan dan Perikanan Korea, penghantaran keluar rumpai laut kering mencecah AS$670 juta antara Januari dan Oktober, meningkat 20.4 peratus pada tahun.

    Eksport rumpai laut kering terus meningkat pada November hingga mencecah AS$702 juta setakat 10 November, mengatasi rekod sebelumnya sebanyak AS$690 juta untuk 2021.

    “Eksport produk rumpai laut kering boleh melepasi 1 trilion won menjelang akhir tahun ini buat kali pertama,” kata seorang pegawai kementerian itu. Rancangan kementerian adalah untuk menyokong eksport rumpai laut meningkat kepada AS$1 bilion menjelang 2027.

    Kementerian itu menjelaskan bahawa jualan luar negara produk rumpai laut Korea meningkat di tengah-tengah popularitinya yang semakin meningkat sebagai makanan ringan rendah kalori dan sihat dalam kalangan warga asing.

    Mengikut negara, Amerika Syarikat (AS) adalah pengimport utama produk rumpai laut Korea dengan AS$150 juta pada 10 November, diikuti Jepun dengan AS$140 juta dan China dengan AS$90 juta.

    Eksport ramyeon telah mencecah paras tertinggi sepanjang masa tahun ini, hasil daripada peningkatan populariti produk makanan Korea di pasaran luar negara sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

    Data daripada Korea Agro-Fisheries & Food Trade Corp. menunjukkan bahawa eksport ramyeon mencecah AS$785 juta dalam tempoh Januari-Oktober, mengatasi jumlah eksport gabungan produk ramyeon tahun lepas, yang berjumlah AS$765 juta. – ANN/The Korea Herald

    Pelanggan berada di bahagian ramyeon di sebuah kedai diskaun di Seoul, kelmarin. – ANN/The Korea Herald
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda