Wednesday, February 5, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Emma bawa anak ke set penggambaran

    Tanggungjawab sebagai seorang ibu membuatkan pelakon Emma Maembong sukar untuk meneruskan karier sebagai seorang anak seni.

    Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail berusia 29 tahun berkata, dia sentiasa memikirkan tentang anaknya, Shariq Gabriel yang kini berusia setahun sehingga mengganggu fokus sewaktu sesi penggambaran.

    “Waktu mula-mula dapat tawaran berlakon ni saya tak bersedia untuk berlakon lagi sebenarnya. Biasalah, agak sukar untuk saya berenggang dengan anak sebab baru bergelar ibu.

    “Tetapi bila fikir balik, susah juga kalau kita obsesi dengan anak sendiri sampai melekat 24 jam. Bila nak mula penggambaran memang susah nak fokus sebab teringat pada anak, dia okey ke tidak, dah makan ke belum?

    “Memang berbeza bila kita sebagai seorang mak ni menjaga anak sendiri, kalau orang lain yang jaga tak sama. Jadi saya mengambil jalan pintas untuk bawa sekali dia ke set,” katanya kepada media.

    Emma Maembong membawa anaknya, Shariq Gabriel ke set penggambaran kerana bimbang. – Agensi

    Emma ditemu bual pada sidang media drama I Promise Janji Anaqi yang diadakan secara visual, baru-baru ini.

    Emma mendirikan rumah tangga dengan seorang juruterbang iaitu Muhammad Shazli Azhar, 32, dalam sebuah majlis tertutup di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 20 Februari 2020.

    Pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang kini berusia setahun.

    Dalam pada itu, bercakap tentang drama berkenaan, Emma yang bergandingan dengan pelakon Sharnaaz Ahmad memberitahu dia tidak kekok untuk kembali ke set penggambaran walaupun lama berehat.

    Emma berkata, dia mudah mencari keserasian dengan pelakon dalam drama arahan Hadith Omar dan penerbit Michael Ang itu.

    “Bagi saya tak susah sangat nak da-patkan semula keserasian untuk berlakon, sebab saya rasa semua pelakon telah berikan yang terbaik termasuk pengarah.

    “Memang janggal jugalah waktu mula-mula masuk ke set semula. Rasa macam boleh ke nak bawa watak sedih menangis macam ni?

    “Tetapi bila semua jenis pelakon memberi, bila dengar je action terus serius. Baguslah sebab semua memberi kerjasama waktu penggambaran,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda