Saturday, October 26, 2024
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Empat angkasawan kembali ke Bumi

    FLORIDA, 25 OKT – Empat angkasawan kembali ke Bumi hari ini selepas tinggal di stesen angkasa selama hampir lapan bulan, yang dilanjutkan akibat masalah dihadapi kapsul Boeing dan Taufan Milton.

    Sebuah Kapsul SpaceX yang membawa anak kapal itu berlepas sebelum subuh ke Teluk Mexico tidak jauh dari pantai Florida selepas berlepas dari Stesen Angkasa Antarabangsa pada pertengahan minggu.

    Tiga warga Amerika dan seorang warga Rusia sepatutnya pulang dua bulan lalu. Tetapi kepulangan mereka ditangguh disebabkan masalah dengan kapsul angkasawan Starliner baharu milik Boeing, yang pulang tanpa muatan pada bulan September kerana kebimbangan keselamatan. Kemudian Taufan Milton membadai, diikuti dengan angin kencang dan laut yang bergelora selama dua minggu.

    SpaceX melancarkan empat angkasawan iaitu Matthew Dominick dari NASA, Michael Barratt dan Jeanette Epps, dan Alexander Grebenkin dari Rusia pada bulan Mac. Barratt, satu-satunya angkasawan veteran yang menyertai misi itu, mengakui pasukan sokongan di tanah air terpaksa ‘merancang semula, membina semula dan melakukan segala-galanya bersama kami dan membantu kami untuk menghadapi segala cabaran dihadapi.’

    Pengganti mereka ialah dua juruterbang ujian Starliner, Butch Wilmore dan Suni Williams, dengan misi mereka sendiri bertukar dari lapan hari kepada lapan bulan, dan dua angkasawan yang dilancarkan oleh SpaceX empat minggu lalu. Mereka berempat akan kekal di angkasa sehingga Februari. – AP

    Pasukan sokongan bekerja di sekitar kapal angkasa SpaceX, Dragon Endeavour sejurus selepas ia mendarat, di Teluk Mexico di luar pantai Pensacola, Florida pada 25 Oktober. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda