Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Empat didakwa kerana mencuri

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Jun – Tiga lelaki dan seorang wanita yang sebelum ini didakwa atas pertuduhan pecah masuk rumah untuk tujuan melakukan curi dan menyebabkan kerosakan pada sebuah kereta, sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini, atas tuduhan mencuri.

    Mohd Dzulfadli bin Abdullah, 36, Norlila Wati binti Awang Hassan, 35, Mohammad Ardi bin Murni, 20 dan Adib Sufi Mohd Asri, 29, didakwa mencuri dua silinder gas dari gerai Ramadan di Tutong antara jam 7 malam pada 19 Mei 2018 hingga 12 tengah hari pada 20 Mei 2018.

    Tidak ada pengakuan direkodkan daripada keempat-empat tertuduh sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

    Kesemua mereka didakwa di bawah Seksyen 379 Kanun Hukuman Jenayah yang membawa hukuman penjara yang boleh dilanjutkan sehingga tiga tahun atau denda, atau kedua-duanya.

    Timbalan Pendakwa Raya, Sabrina binti Haji Mahmud membuat permohonan untuk kes ini disatukan dengan kes lain yang turut membabitkan keempat-empat tertuduh.

    Majistret Kamaliah Fadhilah binti Haji Ibrahim membenarkan permohonan, yang mana kedua-dua kes itu akan disatukan dan didengar esok.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda