Tuesday, October 22, 2024
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Empat maut akibat hujan lebat di China

    BEIJING, 24 JUN – Banjir di kawasan pergunungan di tengah China meragut empat nyawa dan seorang lagi hilang, lapor media negeri hari ini, dengan hujan lebat dijangka turun berterusan di sebahagian besar negara dalam beberapa hari akan datang.

    Rekod taburan hujan sebanyak 337.8 milimeter awal pagi Sabtu di sebuah bandar di wilayah berbukit Hunan menyebabkan ‘takungan air yang teruk’, lapor agensi berita Xinhua.

    “Sehingga pagi Isnin, empat telah terbunuh dan seorang lagi hilang,” tambah laporan itu.

    Laporan itu dibuat selepas media negeri berkata kelmarin bahawa hujan lebat di tempat lain di wilayah itu menyebabkan tanah runtuh yang menimbus rumah kampung, mengorbankan lapan orang.

    Hujan lebat berterusan diramalkan sehingga Khamis di beberapa wilayah di tengah, timur dan selatan China, kata Pusat Meteorologi Kebangsaan (NMC) pada hari ini. Ia juga mengeluarkan amaran merah yang bermaksud amaran tahap tertinggi di mana ‘hujan yang amat lebat’ boleh berlaku di kawasan wilayah Anhui, Jiangxi dan Zhejiang sehingga jam 2 petang pada Selasa.

    Kawasan sedemikian boleh menyaksikan 250-270mm hujan, kata NMC. – AFP

    Sebuah kenderaan bergerak di atas jalan berair di Bandar Huangshan, timur China pada 23 Jun. Hujan lebat berterusan diramalkan sehingga Khamis. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda