Sunday, October 6, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Empat maut dalam kejadian tembakan semasa parti di rumah

    FLORENCE, KENTUCKY, 7 JULAI – Empat orang terbunuh dan tiga lagi cedera dalam kejadian tembakan awal kelmarin semasa pesta di sebuah rumah di utara Kentucky, kata polis.

    Suspek kemudian mati selepas melarikan diri dari rumah itu dan membawa polis kepada insiden kejar mengejar kenderaan yang berakhir dengan kereta suspek terjatuh ke dalam parit, kata polis.

    Polis mendengar tembakan dilepaskan apabila mereka tiba di sebuah rumah di Florence kira-kira pukul 2:50 pagi, kata Jeff Mallery, ketua polis bandar itu. Polis menemui tujuh mangsa tembakan di rumah itu, kata Mallery kepada media semasa sidang akhbar.

    Empat orang ditemui mati, kata polis. Tiga orang dibawa ke hospital di Cincinnati dalam keadaan kritikal. Mereka dijangka pulih, kata Mallery.

    Suspek yang dikenal pasti oleh polis sebagai Chase Garvey, 21, membawa pegawai polis dalam insiden kejar mengejar yang berakhir selepas kenderaannya terbabas dari jalan dan terjatuh ke dalam parit.

    Garvey mengalami luka tembakan disengajakan dan meninggal dunia di hospital, kata polis.

    Polis berkata suspek bertindak sendirian, dan tiada ancaman berterusan kepada orang ramai. – AP

    Seorang anggota Jabatan Polis Florence, Ky., memakai sarung tangan pelindung di rumah tempat tembakan berlaku pada 6 Julai di Florence, Kentucky. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda