Saturday, October 5, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    England tewaskan Switzerland mara separuh akhir

    DÜSSELDORF, 7 JULAI – Usaha England untuk memenangi kejohanan besar pertama dalam tempoh 58 tahun kekal hidup selepas menewaskan Switzerland 5-3 menerusi penentuan penalti untuk menempah tempat ke separuh akhir Euro 2024 malam tadi.

    Selepas 120 minit berakhir dengan kedudukan 1-1, penjaga gol, Jordan Pickford menjadi wira Three Lions dalam penentuan sepakan itu apabila dia menyelamatkan sepakan penalti pertama Switzerland daripada Manuel Akanji.

    Cole Palmer, Jude Bellingham, Bukayo Saka, Ivan Toney dan Trent Alexander-Arnold menjaringkan penalti mereka untuk membawa England ke pertemuan separuh akhir dengan Belanda di Dortmund pada Rabu.

    Pertemuan suram untuk 75 minit pertama menjadi hangat selepas Breel Embolo meletakkan Switzerland di hadapan.

    Rembatan Saka dari luar kotak penalti pula menyamakan kedudukan lima minit kemudian.

    Pemain pertahanan Manchester City, Akanji ketika itu mendatangkan nasib malang apabila rekod mengerikan Switzerland dalam kejohanan besar berterusan apabila mereka tewas lima kali tanpa pernah mara ke separuh akhir.

    Sebaliknya, England mara walaupun satu lagi dalam rentetan persembahan yang mengecewakan daripada anak buah Gareth Southgate.

    “Kami tahu ada dua lagi perlawanan, kami boleh mengubah hidup kami dan mencipta lebih banyak sejarah yang belum pernah dilakukan sebelum ini,” kata pemain terbaik perlawanan Saka.

    England hanya memenangi satu daripada lima penentuan sepakan penalti sebelum ini di Euro, termasuk kekalahan kepada Itali pada perlawanan akhir tiga tahun lalu.

     “Saya percaya kami mempunyai beberapa pemain terbaik dalam Liga Perdana dan di dunia untuk mengambil sepakan penalti.Kami cukup yakin dengan penalti dan kami menunjukkannya hari ini. Kami menjaringkan lima daripada lima dan mara ke pusingan seterusnya,” ujar Saka. – AFP

    Sebahagian daripada pemain England meraikan kejayaan selepas memenangi perlawanan bola sepak suku akhir UEFA Euro 2024 antara England dan Switzerland di Arena Duesseldorf, Jerman kelmarin. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda