Sunday, October 6, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Erdogan mungkin jemput Assad ke Turkiye ‘pada bila-bila masa’

    ISTANBUL, 7 JULAI – Presiden Recep Tayyip Erdogan hari ini berkata beliau mungkin menjemput rakan sejawatannya dari Syria, Bashar al-Assad ke Turkiye ‘pada bila-bila masa’, sebagai tanda perdamaian selepas perang 2011 memutuskan hubungan antara Ankara dan Damsyik.

    “Kami boleh menghantar jemputan (kepada Assad) pada bila-bila masa,” kata Erdogan kepada wartawan dalam pesawat dari Berlin di mana beliau menonton Euro 2024, lapor agensi berita rasmi Anadolu dan media lain.

    Turkiye pada asalnya bermatlamat untuk menjatuhkan rejim Assad apabila konflik Syria meletus dengan penindasan ganas penunjuk perasaan aman pada 2011.

    Tetapi selepas menyokong pelbagai kumpulan pemberontak, Ankara baru-baru ini mengalihkan tumpuan untuk menghalang apa yang Erdogan gelar pada 2019 sebagai ‘koridor keganasan’ daripada dibuka di utara Syria.

    Erdogan telah lama berkata beliau boleh mempertimbangkan semula hubungan dengan Assad.

    Bercakap kepada wartawan, beliau berkata beberapa pemimpin termasuk Presiden Rusia, Vladimir Putin mencadangkan pertemuan dengan Assad di Turkiye. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda