Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    EU, ASEAN jalin kerjasama dengan inisiatif AS$10.17 juta

    JAKARTA, 18 JULAI – ASEAN dan Kesatuan Eropah (EU) melancarkan program bernilai AS$10.17 juta – Pakej Kesalinghubungan Mampan (SCOPE) dalam Pengajian Tinggi – yang bertujuan meningkatkan mobiliti pelajar dan akademik di ASEAN serta memupuk rangkaian universiti rentas wilayah EU-ASEAN dalam penyelidikan.

    Program itu yang dijadualkan berlangsung sehingga Januari 2028, juga bertujuan untuk memperkukuh pendidikan vokasional dengan penekanan pada peralihan hijau, kemampanan dan pendigitalan.

    Pelancaran itu dirasmikan oleh Setiausaha Agung ASEAN, Dr Kao Kim Hourn dan Duta EU ke ASEAN Sujiro Seam di ibu pejabat ASEAN, kelmarin.

    “Kerjasama ini bukan sahaja memperkasa pemimpin masa depan kita tetapi juga berfungsi sebagai jambatan yang menutup jurang dan mewujudkan peluang yang saksama untuk semua,” kata Kao.

    Sementara itu, Seam berkata projek SCOPE dalam Pengajian Tinggi adalah sebahagian daripada keseluruhan Pakej Kesalinghubungan Mampan EU-ASEAN (SCOPE) yang diterima pakai oleh EU pada April 2023.

    “Asia Tenggara adalah rantau utama dan kami ingin mengembangkan hubungan yang mampan dan dipercayai dengan negara-negara ASEAN,” katanya.

    Tahun ini, melalui program Erasmus Plus, EU memberikan biasiswa Erasmus Mundus Joint Master kepada lebih daripada 200 pelajar ASEAN, membolehkan mereka belajar di dua atau lebih negara Eropah. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda