Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    EU bakal putuskan lulus guna Novavax

    THE HAGUE, 20 DIS – Penyelia ubat-ubatan Kesatuan Eropah bakal memutuskan hari ini sama ada mahu meluluskan vaksin COVID-19 kelima ketika Amerika Syarikat memberi amaran musim sejuk yang suram dengan varian Omicron mencetuskan gelombang jangkitan baharu di seluruh dunia.

    Sejak kali pertama dikesan di Afrika Selatan, Omicron telah dilaporkan di berpuluh-puluh buah negara, menyebabkan banyak negara mengenakan semula sekatan perjalanan dan langkah lainnya.

    Meskipun menunjukkan ia tidak lebih teruk berbanding varian Delta, namun data awal melaporkan Omicron lebih mudah berjangkit dan kebal terhadap vaksin.

    Koronavirus telah membunuh lebih 5.3 juta orang sejak muncul di China pada 2019, menurut perkiraan rasmi yang dikumpulkan oleh AFP.

    United Kingdom melaporkan 82,886 kes kelmarin, dengan angka jangkitan tertinggi dicatat di London.

    Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA) berkata jawatankuasanya akan mengadakan perjumpaan untuk memutuskan penggunaan vaksin Novavax lewat hari ini, dan ‘akan terus memaklumkan mengenai hasilnya’. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda