Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    EU derma 215,000 vaksin cacar monyet ke Afrika

    MOSCOW, 15 OGOS – Suruhanjaya Eropah kelmarin mengumumkan bahawa pihaknya sedang menyelaraskan sumbangan lebih 215,000 dos vaksin cacar monyet kepada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (CDC Afrika).

    Usaha ini bertujuan untuk menyokong tindak balas Afrika terhadap wabak cacar monyet, lapor Sputnik.

    Pada Selasa, CDC Afrika mengisytiharkan kecemasan kesihatan awam akibat wabak cacar monyet di benua itu dan memohon masyarakat antarabangsa untuk membantu mengumpulkan kira-kira 2 juta dos vaksin.

    Sekurang-kurangnya 15,074 kes cacar monyet termasuk 2,853 kes disahkan dan 12,221 kes disyaki serta 461 kematian dilaporkan di 12 negara anggota Kesatuan Afrika dari Januari hingga Julai.

    “Suruhanjaya Eropah melalui Health Emergency Preparedness and Response Authority (HERA) akan memperoleh dan menderma 175,420 dos vaksin MVA-BN, satu-satunya vaksin cacar monyet yang diluluskan FDA dan EMA, sebagai tindak balas segera terhadap wabak cacar monyet di Afrika,“ katanya. – Bernama

    Gambar fail bertarikh 10 Ogos 2022 menunjukkan dos Imvanex, vaksin cacar monyet yang disediakan di pusat vaksinasi perbandaran di Marseille, selatan Perancis. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda