Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fattah lantik ibu sebagai pemegang amanah

    Seorang perancang kewangan yang bertanggungjawab mengendalikan urusan takaful Fattah Amin mendedahkan bertemu pelakon itu yang memintanya untuk mengubah penama hibah takaful kepada ibunya, baru-baru ini.

    Menerusi perkongsian di Instagram, Fattah memilih ibunya sebagai pemegang amanah untuk mengagihkan kepada anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya sekiranya berlaku apa-apa terhadap dirinya.

    “Hari ini selesaikan beberapa urusan untuk ubah penama hibah takaful Fattah kepada ibunya.

    “Pemegang amanah untuk agihkan pada Fatima kalau apa-apa berlaku pada Fattah. Kita merancang tapi Allah Maha merancang. Semoga terus sukses sahabat,” tulisnya dalam satu hantaran terbaru di Instagram.

    Bagaimanapun, kenyataan itu diubah individu terbabit tanpa memaklumkan ibu Fattah sebagai pemegang amanah bagi caruman takaful yang dibuat seperti kenyataan sebelum ini.

    Fattah memilih ibunya sebagai pemegang amanah untuk mengagihkan kepada anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya sekiranya berlaku apa-apa terhadap dirinya. – mStar

    Dalam masa sama, individu itu turut memuji keperibadian Fattah yang tidak pernah culas menjalankan tanggungjawab membayar caruman takaful sejak 2015.

    “Alhamdulillah sejak 2015 saya jaga takaful Fattah dan keluarga. Dia tak pernah putus buat caruman takaful untuk keluarga dia daripada dulu lagi walau macam mana keadaan dia pun.

    “Dalam industri ini kita berkembang dengan klien. Macam-macam perkara dan pelajaran yang kita dapat,” katanya.

    Terdahulu, Fattah dan isterinya, Nur Fazura sah bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu dan lafaz itu dibuat di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh.

    Selepas sah bercerai, Fazura mendakwa dia nekad minta dilepaskan kerana Fattah berlaku curang terhadapnya. Malah, pelakon itu mendakwa dia mempunyai bukti kecurangan dilakukan Fattah, lapor BH Online.

    Bagaimanapun, Fattah menafikan semua dakwaan berkenaan selain menganggap tuduhan dilemparkan bertujuan memalukan dirinya. Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan Nur Fatima yang kini berusia empat tahun. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda