Saturday, December 14, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fazura selesai jalani tempoh idah

    Pelakon Nur Fazura selesai menjalani tempoh idah selepas bercerai dengan aktor Fattah Amin pada 7 Oktober lalu.

    Berkongsi perkara tersebut, Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 41, juga menganggap ia sebagai permulaan baharu dalam hidupnya.

    “Pengakiran dan permulaan untuk segalanya,” katanya.

    Fazura menulis perkara tersebut di Instagram miliknya berserta gambar dia manis tersenyum dengan busana berwarna putih.

    Pada ruangan kapsyen juga dia meletakkan tanda pagar meluahkan rasa syukur dan ketenangan.

    Fazura anggap permulaan baharu selepas selesai tempoh idah. – Media Hiburan

    Pelakon itu juga turut mengucapkan penghargaan terima kasih buat teman-teman rapat yang membuat hantaran semula terhadap perkongsian tersebut, kongsi mStar.

    Sementara itu, menerusi ruangan komen ramai mendoakannya agar terus memperoleh kebahagiaan menjalani kehidupan bersama anaknya di masa akan datang.

    “Semoga Allah gantikan dengan sebaik-baik keindahan kehidupan buat Fazura dan Fatima.

    “Selamat maju jaya untuk masa depan. Awak tentukan masa depan dan bertanggungjawab untuk kebahagiaan sendiri.

    “Satu pintu tertutup, seribu pintu terbuka untuk awak,” komen warganet.

    Untuk rekod Fazura dan Fattah sah bercerai talak atu pada 7 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari dekat Shah Alam.

    Mereka mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia 4 tahun. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda