Saturday, January 18, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Federar kecewa Wimbeldon dibatalkan

    LONDON, 2 APRIL – Bekas juara Roger Federar berkata dia benar-benar kecewa mendapati Wimbeldon telah dibatalkan untuk pertama kalinya sejak Perang Dunia Kedua disebabkan oleh koronavirus.

    Ketua Wimbeldon membuat keputusan membatalkan kejohanan tertua Grand Slam itu Rabu lalu sebagai respon kepada pandemik yang berterusan.

    Federar, yang memenangi rekod sebanyak lapan kali kejuaraan Wimbeldon lelaki perseorangan, memberi reaksi dalam satu patah perkataan menerusi Twitter: ‘kecewa’. Serena Willams, juara sebanyak tujuh kali perseorangan wanita Wimbeldon, turut terkejut dengan berita tersebut menerusi Twitter; ‘Saya terkejut’.

    Federar dan Serena yang menghampiri usia 40 tahun ketika kejohanan 2021. Wimbeldon dijadualkan berlangsung dalam tempoh dua minggu dari 29 June, dengan Novak Djokovic dan Simona Halep bersedia untuk mempertahankan kejuaraan perseorangan.

    Tetapi ketua kelab All England tiada pilihan lain kecuali membatalkan kejohanan di gelanggang rumput – pertama kali diadakan pada tahun 1877 – disebabkan oleh krisis kesihatan di seluruh dunia. – AFP

    Bekas juara dunia, Federar berkata dia berasa kecewa Wimbeldon telah dibatalkan untuk pertama kalinya sejak Perang Dunia Kedua disebabkan oleh koronavirus. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda