Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Festival promosi makanan tradisi Poland

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 NOV – Buat kali keempat, Rizqun Coffee House, The Mall, Gadong dengan kerjasama Kolej Perdagangan Laksamana (LCB) dan Kedutaan Besar Republik Poland mengadakan promosi makanan terbaharu sempena Festival Makanan Poland di Rizqun Coffee House, hari ini.

    Festival berkenaan menampilkan lebih 20 jenis makanan tradisi Poland yang dihasilkan oleh cef-cef profesional dari negara berkenaan.

    Marcin Budynek, Mariusz Olechno dan Kamil Babkowski akan menampilkan kulinari Poland dari lima wilayah termasuk Duck with Apples, Lamb Shoulder and Beef Tartar, diikuti dengan Soups Sour Dough asli zurek dan sup merah daging yang dikenali sebagai chlodnik bersama sos dari salah sebuah syarikat Poland iaitu Lesne Skarby.

    Cef-cef berkenaan mempunyai pengalaman dan kepakaran yang luas dalam bidang mereka, di mana mereka mengetengahkan beberapa jenis masakan Poland semasa sesi makan malam bersama para jemputan khas dan pelanggan.

    Jurucakap dari Kedutaan Besar Republik Poland mengucapkan ribuan terima kasih kepada Rizqun kerana telah memberikan peluang kedua untuk memperkenalkan lagi masakan Poland di Negara Brunei Darussalam.

    Kali ini, ujar beliau, cef selebriti dari Poland akan memperkenalkan masakan unik khas Poland.

    Beliau menambah, makanan di Poland adalah mengikut perubahan cuaca dan ia mempamerkan keunikan masakan negara itu sekali gus menunjukkan kelainannya.

    Beliau turut berharap masakan Poland akan dapat menambat hati masyarakat di negara ini memandangkan masakan tersebut memiliki beberapa persamaan seperti masakan di negara-negara ASEAN.

    Pada majlis makan malam itu, para pengunjung juga berpeluang menyaksikan sendiri demonstrasi masakan secara langsung daripada cef-cef berkenaan dan merasakan sendiri makanan Poland yang asli.

    Cef-cef profesional dari Poland menyediakan hidangan semasa festival berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Antara orang ramai yang hadir semasa festival berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda