Thursday, February 6, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    FIFA siasat Shaqiri, Xhaka

    MOSCOW, 24 Jun – FIFA melancarkan tindakan disiplin ke atas dua pemain Switzerland, Granit Xhaka dan Xherdan Shaqiri selepas cara mereka meraikan gol semasa kemenangan 2-1 ke atas Serbia.

    Penjaring pasukan Switzerland, Xhaka dan Shaqiri meraikan gol mereka dengan melakukan isyarat tangan ‘double eagle’ untuk mewakili bendera Albania.

    Sebahagian besar orang di Kosovo yang majoriti etnik Albania mengetahui tentang bendera itu.

    Kedua-dua pemain itu berdarah Kosovo, bekas wilayah Serbia yang mengisytiharkan kemerdekaan pada 2008 dalam langkah yang masih belum diiktiraf oleh Belgrade.

    Shaqiri dan Xhaka semasa perlawanan menentang Serbia semalam. FIFA melancarkan tindakan disiplin ke atas kedua-dua pemain Switzerland itu selepas menimbulkan kontroversi semasa meraikan gol mereka. – AP

    FIFA tidak membenarkan mana-mana mesej dan simbol yang berbaur politik di dalam stadium. Xhaka dan Shaqiri mungkin berdepan dengan penggantungan sehingga dua perlawanan jika mereka didapati melanggar peraturan FIFA.

    Badan bola sepak dunia berkata, siasatan akan dilancarkan ke atas jurulatih Serbia, Mladen Krstajic mengenai kenyataannya selepas perlawanan.

    Tindakan disiplin juga akan dikenakan ke atas persatuan bola sepak Serbia kerana kekacauan berlaku serta mesej berbaur politik oleh penyokong Serbia. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda