Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Filipina jalani latihan di Laut China Selatan

    MANILA, 25 APRIL – Pengawal pantai Filipina melakukan latihan di Laut China Selatan yang menurut seorang pegawai hari ini adalah sebahagian daripada usaha untuk menuntut hak wilayah maritim mereka di perairan yang dipertikaikan.

    Latihan berhampiran Pulau Thitu yang diduduki Filipina dan Scarborough Shoal yang dikuasai China dilakukan di tengah ketegangan yang semakin meningkat di laut yang kaya dengan sumber alam itu.

    Pertelingkahan diplomatik terbaharu antara kedua-dua negara dicetuskan oleh pengesanan bulan lalu terhadap beratus-ratus kapal China di Kepulauan Spratly.

    Sejak itu, sebahagian besar kapal mula dilihat memenuhi kawasan di sekitar kepulauan yang dipertikaikan.

    China – yang menuntut hampir keseluruhan laut – telah menolak permintaan berulang kali oleh Filipina untuk mengerahkan kapal-kapal itu untuk beredar, yang dikatakan Manila adalah kapal tentera maritim tetapi Beijing mengatakan ia adalah kapal nelayan.

    Sebagai tindak balas, Filipina telah mengerahkan lebih banyak kapal peronda, termasuk kapal pengawal pantai dan angkatan laut, untuk meningkatkan pengawasan dan mencegah penangkapan ikan secara haram.

    Latihan pengawal pantai bermula minggu lalu.

    “Kami menyokong pendekatan seluruh negara dalam mengamankan bidang kuasa maritim kami,” kata jurucakap pengawal pantai Armando Balilo.Latihan itu melibatkan latihan dalam navigasi, operasi kapal kecil, penyelenggaraan dan operasi logistik. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda