Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Funtime diarah bayar AS$310 juta

    ORLANDO, 8 DIS – Ibu bapa kepada kanak-kanak lelaki Missouri berusia 14 tahun yang meninggal dunia akibat menaiki pemainan di taman hiburan Orlando pada 2022 telah memenangi keputusan dengan menerima bayaran AS$310 juta daripada pembina Austria.

    Juri Orange County Khamis lalu mengarahkan pembina Funtime membayar AS$155 juta masing-masing kepada ibu bapa Tyre Sampson, Nekia Dodd dan Yarnell Sampson. Tyre meninggal dunia pada 24 Mac 2022, selepas terjatuh 21 meter dari permainan Orlando Free Fall di Icon Park. Perbicaraannya hanya berlangsung sehari kerana Funtime tidak pernah hadir ke mahkamah untuk membela diri.

    Icon Park, yang menyewa ruang permainan dari Orlando Slingshot, pemilik dan pengendali permainan itu, telah pun membuat perjanjian dengan keluarga Sampson untuk jumlah yang tidak didedahkan.

    “Keputusan juri mengesahkan Kematian Tyre adalah akibat kecuaian dan kegagalan untuk mengutamakan keselamatan berbanding keuntungan,” kata peguam keluarga itu, Ben Crump dan Natalie Jackson, dalam satu kenyataan.

    “Pencipta permainan itu mengabaikan tugas mereka untuk melindungi penumpang, dan keputusan Khamis lalu memastikan mereka menghadapi akibatnya,” tambahnya.

    Keluarga itu kini perlu mendapatkan perintah daripada mahkamah Austria untuk mengutip ganti rugi.

    Funtime tidak membalas e-mel yang dihantar ke ibu pejabatnya Jumaat lalu untuk mendapatkan komen.

    Laman web syarikat menyatakan ia mencipta permainan mendebarkan yang melontar, menurunkan dan memutar penumpang pada kelajuan dan ketinggian, termasuk tarikan bernama Vomatron, Sling Shot dan Chaos Pendle. – AP

    Gambar bertarikh 28 Mac 2022 menunjukkan menara Orlando Free Fall di Icon Park di Orlando. – AP

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda