ALOR SETAR, 17/18 Februari 2007 – Belum reda kes seorang gadis Melaka yang mendakwa boleh mengeluarkan bebola kaca daripada jari kakinya, kini timbul pula kisah aneh tentang gadis Kedah dari Taman Rakyat.
Farrah Izzati Mohammad Sani, 20, mendakwa dia boleh mengeluarka pelbagai jenis batu permata, barang kemas dan berlian dari mulutnya sejak berusia 12 tahun, menurut laporan BHM.
Pelajar yang sedang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) itu dikatakan sudah mengeluarkan ribuan permata, antaranya Zamrud, aked, geliga pandan, geliga ular, delima, jarum emas dan perak.
Dia yang dikenali sebagai ‘Puteri Berlian’ di kalangan penduduk kampung malah mengeluarkan beberapa potongan ayat Al-Quran daripada mulutnya.
Farrah Izzati mendakwa boleh mengeluarkan purata empat hingga 15 biji permata antara empat hingga lima kali sebulan. Namun, ia tidak keluar sendiri, tetapi perlu dibantu oleh ahli keluar atau orang yang berada di sisinya.
Usaha mengeluarkan benda itu mengambil masa berjam-jam dan saya terpaksa menanggung kesakitan, termasuk luka di mulut kerana saiz dan bentuk batu permata yang tajam,” katanya.
Ketika ditemui oleh BHM, anak sulung tiga beradik itu mengeluarkan 12 berlian bersama rantai emas dalam masa setengah jam, sebelum lemah kerana perutnya senak mengeluarkan benda-benda tersebut.