Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gajah kembar jantan-betina dilahirkan di selatan Myanmar

    YANGON, 1 SEPT – Kejadian yang jarang berlaku di mana sepasang anak gajah kembar, seekor jantan dan seekor betina, telah direkodkan di wilayah Bago, selatan Myanmar.

    Pada 26 Ogos, seekor gajah berusia 21 tahun bernama Pearl Sandar telah melahirkan anak gajah kembar di kem gajah Wingabaw. Anak pertama, seekor betina, dilahirkan diikuti oleh anak jantan kira-kira empat minit kemudian, kata Myo Min Aung, seorang doktor haiwan di kem itu kepada Xinhua hari ini.

    “Anak gajah kembar itu pada mulanya tidak dapat minum susu daripada ibunya untuk dua hari pertama, jadi anak-anak gajah tersebut diberikan susu botol. Pada hari ketiga, anak-anak gajah itu mula meminum susu ibunya yang lebih berkhasiat dan bermanfaat,” katanya.

    Kelahiran anak gajah kembar adalah kejadian yang jarang berlaku di Myanmar, kes ke-12 direkodkan sejak 1960, katanya.

    Pada masa ini, terdapat sembilan ekor gajah di Kem Gajah Wingabaw, termasuk anak gajah kembar yang baharu, dan kakitangan komited untuk memberikan penjagaan khas kepada anak-anak gajah itu kerana kejadian yang unik ini. – Xinhua

    Anak gajah kembar dilihat di kem gajah Wingabaw di wilayah Bago, Myanmar, kelmarin. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda