Wednesday, January 22, 2025
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gelandangan di kaki lima bandar?

    Ketika berjoging setiap pagi di kawasan bandar untuk menikmati suasana segar sebelum jalan mulai sibuk, pandangan saya sering tertuju pada sosok sekujur tubuh di kaki lima.

    Saya ternampak seorang individu tidur di hadapan kedai yang sudah lama tidak beroperasi bersama longgokan beberapa beg pakaian dan juga alat mesin basuh. Situasi ini seolah-olah dibiarkan tanpa penyelesaian.

    Sama ada beliau warga tempatan atau warga asing, bukankah pihak berkuasa mempunyai peranan untuk memastikan tiada siapa yang dibiarkan hidup dalam keadaan daif?

    Sebagai cadangan, pihak berwajib perlu menjalankan usaha lebih proaktif. Penempatan sementara atau program bantuan sokongan boleh diwujudkan untuk menangani isu ini sebagaimana yang pernah diterbitkan dalam Media Permata bertarikh 15 Januari dengan membina ‘eterna’ untuk warga emas atau individu terbiar.

    Usaha itu bukan sahaja membantu mereka yang memerlukan, malah mencerminkan sikap pihak berkenaan yang benar-benar peduli, bukan sekadar menunggu aduan masyarakat sebelum bertindak.

    Siti Fauzanah

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda