Monday, March 10, 2025
26.9 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

Gembira, syukur tamat pengajian

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 SEPT – Rasa gembira dan syukur, itulah yang diluahkan rata-rata graduan Institut KEMUDA yang ditemui pada Majlis Konvokesyen ke-6 Institut KEMUDA di The Empire Hotel and Country Club, Jerudong, baru-baru ini.

Salah seorang graduan, Dayang Nurhafizah Munirah Wati binti Haji Masri turut menzahirkan perasaan gembira dan syukur kerana berjaya menamatkan pengajiannya di institut berkenaan setelah mengharungi segala cabaran dan kesukaran dalam perjalanannya meraih kejayaan tersebut.

“Perancangan saya selepas ini ingin mencari pekerjaan bersesuaian dengan kelulusan dan tidak terlalu bergantung kepada sektor kerajaan kerana apa sahaja pekerjaan sama ada di sektor swasta perlu direbut sebaiknya demi memperoleh pengalaman berguna tanpa memilih jenis pekerjaan,” tambah graduan Diploma NCC Level 4 dalam Pengkomputeran berkenaan.

Selain itu, beliau juga tidak lupa untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan buat ibu bapanya yang selama ini menjadi pendorong serta pembakar semangatnya sepanjang tempoh pengajiannya.

Sementara itu, Dayang Nur’Iffah binti Abdul Quddus Muhammad Kusdi yang menerima NCC ND L4 dalam Teknologi Maklumat, turut mengongsikan beberapa tip bagi para pelajar yang masih lagi menuntut agar belajar bersungguh-sungguh namun pada masa yang sama tidak lupa untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.

Dayang Nur’Iffah turut berasa teruja dan bangga apabila berjaya menamatkan pengajiannya di institut berkenaan yang mana pada mulanya berasa tersisih dan malu berada di sana tambahan lagi latar belakang dirinya yang tidak banyak mengetahui mengenai bidang IT seperti mana yang diajarkan di sana.

Dayang Nurhafizah Munirah Wati bersama keluarganya sejurus selepas Majlis Konvokesyen ke-6 Institut KEMUDA, baru-baru ini.

- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda