Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gempa kecil di luar bandar Iceland

    REYKJAVIK, 22 DIS – Bandar raya Iceland, Reykjavik telah dikejutkan dengan dua gempa bumi awal hari ini, selepas berakhirnya ledakan gunung berapi yang mana imej-imej nya tular seluruh dunia dengan rasmi baru-baru ini.

    Gegaran pertama dengan magnitud 4.1, terjadi pada 9:13 pagi. 10 minit selepas itu berlaku gegaran dengan 4.9 magnitud, menurut Pejabat Meteorologi Iceland (IMO). Tidak ada sebarang kerosakan dilaporkan.

    Pusat gempa tersebut dikesan pada arah timur laut lembah Geldingadalir, di tempat kejadian ledakan gunung berapi di antara 19 Mac dan 18 September, kata IMO. Foto dan video ledakan itu tersebar luas di media sosial.

    Gempa bumi tersebut diikuti dengan ‘seismic swarm’, sebanyak 1,400 getaran kecil dicatatkan berlaku sejak petang kelmarin di kawasan itu menurut IMO. Selepas tiga bulan tidak mengeluarkan lahar, ledakan di Geldingadalir dengan rasmi berakhir pada minggu ini.

    Aktiviti seismik kadang-kadang boleh menjadi tanda awal sebelum ledakan gunung berapi berlaku, menurut pakar vulcanologi. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda