Sunday, January 5, 2025
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Geng Subuh Macam Jumaat permulaan baik 2025

    Program Geng Subuh Macam Jumaat bersama Alif Satar sempena permulaan Tahun Baharu 2025 di Masjid Saidina Umar Al-Khatab, Bukit Damansara, mendapat sambutan menggalakkan, subuh kelmarin.

    Ribuan jemaah hadir bersama mengimarahkan masjid dengan menunaikan solat subuh secara berjemaah, termasuk menyertai pelbagai aktiviti disediakan.

    Dengan semangat ditunjukkan masyarakat Muslim dalam beribadah, Alif menyifatkan ia permulaan baik untuk 2025.

    “Alhamdulillah, permulaan baik untuk 2025. Semoga istiqomah,” tulis Alif pada hantaran dalam Instagram (IG) yang turut memuat naik video memaparkan jemaah ‘membanjiri’ masjid menerusi program itu.

    Turut bersama, jaguh berbasikal trek Malaysia, Datuk Azizulhasni Awang dan bekas ketua pasukan skuad bola sepak kebangsaan Malaysia, Safiq Rahim.

    Program Geng Subuh Macam Jumaat sempena permulaan 2025 diisi dengan pelbagai aktiviti seperti tazkirah, ucapan tahun baharu, fun run dan sarapan. – mStar

    Program ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ sempena permulaan 2025 diisi dengan pelbagai aktiviti seperti tazkirah, ucapan tahun baharu oleh Pengerusi Masjid Saidina Umar Al-Khatab, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar, Fun Run dan sarapan.

    Jemaah pelbagai lapisan umur tidak melepaskan peluang untuk bersama Alif memeriahkan aktiviti larian selepas selesai menunaikan solat subuh.

    Sementara itu, Azizul meluahkan rasa syukur apabila dikelilingi rakan seperti Alif yang sentiasa mengajak kepada kebaikan, lapor BH Online.

    “Permulaan tahun 2025 yang sangat baik, berkat mempunyai rakan-rakan sekeliling yang sentiasa mengajak ke arah kebaikan. Terima kasih bro Alif Satar,” tulisnya pada hantaran di IG.

    Sebelum ini, kempen Geng Subuh Macam Jumaat yang digerakkan Alif sejak Oktober 2023 berjaya menghimpunkan ribuan jemaah di masjid pada waktu subuh. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda