Thursday, February 6, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gol Nunez selamatkan Liverpool

    NEWCASTLE, 28 OGOS – Trent Alexander-Arnold memuji persembahan Liverpool yang bangkit daripada ketinggalan 0-1 untuk menang 2-1 di Newcastle biarpun beraksi dengan 10 pemain.

    Dia turut menyifatkannya sebagai salah satu kemenangan terbaik The Reds di bawah kendalian Jurgen Klopp.

    Alexander-Arnold bernasib baik kerana terlepas kad merah selepas enam minit beraksi sebelum kesilapannya membolehkan Anthony Gordon membuka jaringan untuk Newcastle.

    Namun Virgil van Dijk kemudiannya dibuang padang setengah jam selepas perlawanan kerana mengasari Alexander Isak.

    Magpies bagaimanapun gagal menggunakan kelebihan itu yang akhirnya dihukum apabila Darwin Nunez yang dimasukkan dari bangku simpanan meledakkan dua gol sembilan minit terakhir.

    Darwin Nunez menjaringkan gol pertama semasa perlawanan di antara Newcastle dan Liverpool di St James’ Park, England pada 27 Ogos. – AP

    “Kami terpaksa melakukannya dengan cara yang sangat sukar. Tetapi kami semua berusaha mencari jalan untuk mencapai sesuatu,” kata Alexander-Arnold.

    “Ini adalah salah satu persembahan terbaik kami sejak Klopp mengambil alih sebagai pengurus dan kami mempunyai beberapa aksi cemerlang sebagai satu pasukan.

    “Kami akan mengingat kembali permainan ini sebagai sesuatu yang sangat, sangat istimewa.”

    Nunez bergelut mencapai tahap prestasi pada harga 85 juta pound sejak menyertai Benfica lebih setahun lalu.

    Pemain Uruguay itu masih belum memulakan perlawanan musim ini, tetapi menunjukkan apa yang dia mampu lakukan dengan rentaknya yang berjaya merobek pertahanan Newcastle dan dua penyudah yang sempurna.

    “Selepas kami memasukkan seorang pemain, perlawanan bertukar menjadi sangat baik,” kata Nunez.

    “Kami bekerja keras untuk detik-detik ini dan saya gembira dapat menjaringkan dua gol untuk membantu pasukan.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda