Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gomes bantu lille cipta sejarah

    WOLFSBURG, JERMAN, 9 DIS – Pemain skuad antarabangsa bawah 21 tahun England, Angel Gomes meledak jaringan pertama dalam saingan Liga Juara-Juara ketika Lille menewaskan Wolfsburg 3-1 semalam, untuk mara ke kelompok 16 terakhir buat kali kedua dalam sejarah kelab.

    Gomes, 21, menjaringkan gol 12 minit sebelum perlawanan tamat untuk memastikan kemenangan selesa buat juara bertahan Perancis itu dan menyingkirkan Wolfsburg daripada saingan Eropah.

    Kemenangan itu bermakna Lille menamatkan perlawanan di tempat teratas Kumpulan G mengatasi Red Bull Salzburg dan mara ke peringkat kalah mati untuk pertama kali sejak 2006/07.

    “Kami sedar akan menempa sejarah dan mahu melakukannya lagi. Kini kami mahu fokus dalam usaha mencapai sesuatu pada peringkat kalah mati,” beritahu Jonathan Ikone kepada RMC Sport.

    Sementara itu, Wolfsburg tersingkir daripada saingan Eropah selepas berada di kedudukan tercorot kumpulan.

    “Secara terus-terang, ia benar-benar menyakitkan,” beritahu pemain tengah Wolfsburg Maximilian Arnold kepada DAZN.

    Lille mendahului menerusi Burak Yilmaz pada minit ke-11 hasil serangan balas pantas daripada sepakan penjuru Wolfsburg.

    Ikone merobek bahagian kanan pertahanan pelawat dan menyasarkan Yilmaz dalam kotak, yang menemui bahagian penjuru kanan sekali gus menyempurnakan jaringan.

    Wolfsburg masih tidak bersemangat dalam separuh babak kedua, dan nyaris-nyaris terlepas dua gol selepas kesilapan oleh penjaga gol Koen Casteels satu jam sebelum perlawanan tamat.- AFP

    Aksi pemain Lille, Angel Gomes (dua kiri) semasa perlawanan Wolfsburg menentang Lille di Wolfsburg di utara Jerman pada 8 Disember. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda