Saturday, September 28, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Goo Hye Sun sambung belajar peringkat sarjana

    Pelakon Korea, Goo Hye Sun berkongsi berita gembira apabila bakal menyambung pelajaran ke peringkat sarjana dalam bidang kewartawanan di Korea Advanced Institute of Science and Technology (KAIST).

    Memetik laporan mStar, Hye Sun, 40, berkata, beliau tidak menyangka terpilih menyambung pengajian di salah sebuah universiti terkemuka di Korea Selatan itu.

    “Perkara pertama yang buat saya terkejut pagi ini apabila mendapat berita saya diterima masuk ke program sarjana dalam bidang kewartawanan di KAIST,” katanya.

    Hye Sun berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran di Instagram sambil memaparkan sijil pengesahan daripada institut berkenaan.

    Enggan mana-mana pihak salah faham, Hye Sun turut menunjukkan keputusan cemerlang diperolehnya ketika menduduki ujian kemasukan universiti sebelum ini.

    Dalam pada itu, peminat aktres berkenaan meluahkan rasa bangga terhadap Hye Sun kerana berjaya merealisasikan impiannya menyambung pengajian ke peringkat sarjana.

    Ramai berharap beliau dapat menjadi contoh yang baik kepada pengikutnya untuk mengikut jejak langkahnya menyambung pelajaran.

    “Generasi baru sekarang ramai yang tak berminat menyambung pelajaran tetapi Hye Sun menunjukkan contoh usia bukan penghalang mengejar ilmu.

    “Lihat sahaja keputusan kemasukan universiti Hye Sun, bukan senang nak dapat!

    “Rasanya beliau baru sahaja tamat pengajian ijazah sarjana muda dalam bidang filem, terus sambung sarjana pula. Hye Sun memang hebat!,” komen warganet.

    Untuk rekod, Hye Sun baru sahaja menamatkan pengajian ijazah sarjana muda dalam bidang pengajian filem daripada Universiti Sungkyukwan pada Februari lalu. – Agensi

    Hye Sun tidak menyangka dia diterima masuk ke KAIST. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda