LOS ANGELES, 10 DIS – Jaren Jackson menjaringkan 25 mata dan Desmond Bane menambah 23 mata ketika Memphis Grizzlies berjaya bertahan daripada rekod 100 triple-double yang dicatat oleh LeBron James semasa kemenangan 108-95 pada semalam.
Pemain bintang Lakers, James menjaringkan 20 mata, mencatat 10 rebound dan memberikan 11 assist manakala Anthony Davis menambah 22 mata untuk Los Angeles, namun ia tidak mencukupi ketika Lakers mensia-siakan kelebihan 22 mata untuk ditewaskan oleh pasukan Grizzlies yang masih tanpa penjaring terbanyak mereka, Ja Morant dan pemain Dillon Brooks.
Tetapi mereka mendahului enam mata pada separuh mada dan ketinggalan semasa suku keempat ketika Lakers gagal meneruskan kemenangan selesa ke atas Boston Celtics pada Selasa.
“Perlawanan terbesar kami, masalah terbesar kami adalah konsistensi pada tahun ini,” kata jurulatih Lakers, Frank Vogel.
“Kami sekali lagi mendahului perlawanan namun akhirnya tewas, persembahan yang mengecewakan. Kami perlu mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini.”
James berkata kehilangan penguasaan bola tersebut, yang mana Grizzlie mendahului 27 mata, adalah penting.
“Kehilangan penguasaan bola ini ‘membunuh kami’. Kami bermain dengan baik sepanjang tujuh perlawanan terakhir dengan hanya purata 12.5 kehilangan bola.”– AFP