Wednesday, January 1, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Guardiola tidak akan berhenti dari City

    LONDON, 29 DIS – Pep Guardiola menegaskan dia tidak akan meninggalkan Manchester City yang bermasalah ketika dia berusaha untuk hentikan kemerosotan juara itu.

    Guardiola dilanjutan kontrak dua tahun baru-baru ini tetapi prestasi City yang suram telah menimbulkan persoalan mengenai masa depannya di Stadium Etihad.

    Mimpi ngeri sembilan kalah dan hanya satu menang dalam 13 perlawanan, mencetuskan cadangan bos City itu boleh berhenti jika dia tidak dapat mencari jawapan kepada masalah pasukannya.

    Tetapi, setelah membawa City memenangi enam kejuaraan Liga Perdana dalam tujuh musim lalu, Guardiola bertegas dia masih berkeinginan untuk mengubah keadaan.

    “Saya akan cuba, saya akan teruskan. Kadang-kadang awda fikir larian buruk akan ditamatkan lebih awal atau lebih mudah untuk membaikinya, tetapi ia memerlukan lebih banyak masa,” katanya.

    “Saya tidak akan berputus asa. Saya mahu berada di sini. Saya mahu melakukannya dan dengan situasi yang kita ada, kita perlu melakukannya.

    “Sudah tentu saya mahu, semua orang mahu. Saya tidak mahu mengecewakan kelab dan peminat yang sayangkan kelab ini.

    “Ujian terbesar adalah untuk kembali semula, tetapi kami telah melakukannya sebelum ini.”

    Kecederaan telah menjadi faktor utama kematian City, menyebabkan mereka merana di tempat ketujuh Liga Perdana.

    Sementara itu, pemenang Ballon d’Or, Rodri sedang pulih daripada kecederaan lutut, manakala Ruben Dias, John Stones, Ederson, Kyle Walker, Jack Grealish dan Matheus Nunes semuanya terlepas menyertai perlawanan dengan Everton yang berkesudahan seri 1-1.

    Erling Haaland pula yang biasanya prolifik terlepas sepakan penalti semasa menentang Everton, memanjangkan prestasinya yang tidak menentu.

    Haaland hanya menjaringkan satu gol dalam tujuh perlawanan terakhirnya, tetapi Guardiola enggan menyalahkan penyerang Norway itu atau mana-mana rakan sepasukannya.

    “Tiada dalam pendidikan saya untuk mula merungut, menunding jari kepada orang lain. Ia (kekalahan) berlaku, ia adalah kehidupan, ia adalah bola sepak, jadi mari kita cuba lagi,” katanya.

    “Itulah sebabnya kami telah berjaya kerana sentiasa ia tidak pernah cukup, kami akan mencubanya lagi dan lagi dan lagi. Itulah sebabnya kami memenangi banyak gelaran.

    “Setiap tiga hari adalah satu perlawanan dan menang, menang, menang selama berbulan-bulan dan bertahun-tahun. Kini kami perlu melakukan perkara yang sama apabila keputusan tidak baik.”

    City masih meragui kecergasan beberapa pemain untuk kembali menentang Leicester hari ini.

    “Kadangkala awda mengalami kecederaan,” kata Guardiola. “Selama berapa tahun kami sangat konsisten tetapi sekarang, ya, kami agak kecewa dan sebab utamanya ialah ramai pemain penting yang cedera.

    “Tetapi saya melihat semangat berpasukan, bagaimana kami berlatih minggu ini, betapa fokus mereka, bagaimana mereka cuba berlatih,” ujarnya lagi. – AFP

    Reaksi Pep Guardiola sebelum menentang Everton di stadium Etihad di Manchester, pada 26 Disember. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda