Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gunners selangkah ke final Liga Europa

    PRAGUE, 16 APRIL – Arsenal meledakkan tiga gol dalam masa enam minit pada separuh masa pertama untuk melangkah ke separuh akhir Liga Europa selepas berjaya membelasah pasukan tuan rumah, Slavia 4-0 semalam.

    Nicolas Pepe, Alexandre Lacazette dan Bukayo Saka masing-masing meletakkan nama sebagai penjaring di antara minit ke-18 dan 24 manakala Lacazette menambah satu lagi gol pada babak kedua untuk melengkapkan kemenangan dengan agregat 5-1.

    Arsenal akan berdepan Villarreal di separuh akhir yang akan berlangsung 29 April.

    The Gunners perlu menang Liga Europa untuk layak beraksi di Liga Juara-Juara musim depan yang mana mereka ketika ini menduduki tempat ke sembilan Liga Perdana Inggeris (EPL).

    “Senang bila melihat pendekatan mereka bermain dan bagaimana beraninya mereka,” kata pengurus Arsenal Mikel Arteta yang mengambil contoh corak permainan yang diperlukan untuk menang dalam aksi Europa.

    Aksi pemain tengah Slavia Prague dari Czech, Lukas Masopust (kiri) dan pemain tengah Arsenal, Nicolas Pepevie ketika merebut bola semasa perlawanan suku akhir Liga Europa di Prague semalam. – AFP

    “Perlawanan diputuskan dalam kedua-dua kotak dan kami kejam di kedua-dua kotak hari ini. Kami mengekalkan kemenangan bersih, menjaringkan empat gol dan kami boleh mendapatkan lebih banyak lagi.

    Pepe membuka gol pertama dengan menewaskan penjaga gawang Slavia, Ondrej Kolar dari jarak dekat menerusi hantaran Emile Smith Rowe yang melepasi dua pemain pertahanan Slavia.

    Lacazette menambah gol kedua selepas dihadiahkan sepakan penalti tiga minit selepas pemain tengah Slavia Jakub Hromada menjatuhkan Saka di dalam kotak.

    Penyerang kelahiran Perancis itu, yang memakai gelang kapten semalam, menunggu Kolar bergerak sebelum melepaskan rembatan kencang ke sudut bawah gawang.

    Saka berjaya menjadikannya kedudukan 3-0 tiga minit kemudian dengan rembatan kaki kiri dari luar kotak penalti.

    “Ia satu yang menakjubkan daripada mula hingga tamat perlawanan,” kata Saka.

    “Saya rasa kami menunjukkan watak sebenar. Kami terus maju, kami benar-benar kuat pada separuh masa pertama dan memiliki banyak peluang pada separuh masa pertama.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda