Tuesday, November 26, 2024
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gunung Dukono meletus, amaran penerbangan dikeluarkan

    JAKARTA, 26 NOV – Gunung Dukono yang terletak di provinsi Maluku Utara, Indonesia, meletus hari ini, menyebabkan amaran penerbangan dikeluarkan, menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi negara itu.

    Letusan berlaku pada pukul 9:43 pagi, mengeluarkan abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara. Abu tersebut kini bergerak ke arah barat laut gunung berkenaan.

    Pesawat dilarang terbang pada ketinggian di bawah 5km di sekitar gunung berapi yang terletak di Pulau Halmahera itu. Status Amaran Observatorium Gunung Berapi untuk Penerbangan berwarna oren telah dikeluarkan.

    Pendaki dan penduduk di kawasan tersebut dilarang keras untuk mendaki atau melakukan sebarang aktiviti dalam radius 3km dari kawah. Penduduk juga dinasihatkan untuk sentiasa memakai pelitup muka apabila berlaku penularan abu, kerana abu vulkanik boleh tersebar pada bila-bila masa.

    Gunung Dukono, yang mempunyai ketinggian 1,087 meter daripada paras laut, merupakan salah satu daripada 127 gunung berapi aktif yang terdapat di Indonesia. – Xinhua

    Gambar fail bertarikh 10 Ogos 2016 menunjukkan Gunung Dukono memuntahkan abu semasa letusan dari Halmahera Utara, kepulauan Maluku. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda