Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gunung Manaro Voui semakin

    SYDNEY, 1 Okt – Australia telah menghantar sebuah kapal laut untuk membantu memindahkan beribu-ribu orang dari Pulau Ambae, Vanuatu, yang mana sebuah gunung berapi menunjukkan tanda berlaku letusan besar.

    Kerajaan Vanuatu minggu lalu mengumumkan bahawa kesemua 11,000 penduduk di Ambae – di utara kepulauan Pasifik – akan dipindahkan, selepas gunung berapi Manaro Voui menjadi aktif dan memuntahkan batu-batu besar dan abu di kampung-kampung.

    Kapal pendarat HMAS Choules berlepas meninggalkan Australia hari ini dan dijangka tiba di negeri Pasifik pada pertengahan minggu, yang membawa pakar-pakar kecemasan dan bekalan makanan.

    Canberra, yang menyelaraskan usaha bantuan dengan kerajaan Vanuatu, New Zealand dan Perancis berkata pihak ketenteraan dan para pekerja kemanusiaan dijangka tiba di sana secara berasingan hari ini.

    Gambar fail pada 25 September 2017 menunjukkan gunung berapi Manaro Voui di pulau Ambae. Vanuatu pada 28 September mengarahkan pemindahan di pulau tersebut tatkala gunung berapi besar menandakan ancaman letusan yang besar. – AFP

    “Vanuatu adalah sebahagia dari kumpulan kepulauan Pasifik yang cenderung dilanda bencana alam – sama ada gempa bumi, puting beliung atau kegiatan gunung berapi,” Menteri Luar Julie Bishop memberitahu Perbadanan Penyiaran Australia hari ini.

    “Australia sentiasa bersedia untuk membantu sekiranya gunung berapi ini benar-benar meletup.”

    Kebanyakan penduduk di pulauitu telah berlindung di pusat pemindahan sejak gunung berapi itu kali pertama mengeluarkan wap dan abu kira-kira seminggu lalu.

    Kerajaan Vanuatu mengakui ia tidak begitu bersedia bagi kecemasan gunung berapi dan telah meminta bantuan antarabangsa.

    Wartawan yang berpangkalan di Vanuatu, Dan McGarry yang telah melawat Ambae pada hujung minggu, memberitahu AFP bahawa usaha memindah adalah ‘tenang dan teratur’ tetapi kebanyakan penduduk sedih dipindahkan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda