Thursday, April 24, 2025
26.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hael Husaini tiada ‘bodyguard’, cuma ada pemandu peribadi

    Walaupun semakin popular, penyanyi Hael Husaini merasakan tiada keperluan dia mengupah pengawal peribadi bagi mengawasi keselamatannya pada setiap masa.

    Bagaimanapun Hael, 38, berkata, dia akan mengupah pengawal peribadi jika mengayakan barangan mewah berbentuk tajaan sebagai langkah keselamatan.

    “Saya tiada upah mana-mana pengawal peribadi untuk jaga saya setiap masa.

    “Tapi saya cuma akan upah jika melibatkan jenama besar yang memerlukan barang saya pakai itu dijaga sebaiknya dalam sesebuah acara.

    “Jadi saya hanya gunakan khidmat begitu pada barang yang saya tak mampu nak beli sendiri,” katanya kepada mStar.

    Pun begitu, Hael memberitahu dia cuma mempunyai pemandu peribadi untuk membawanya ke mana-mana acara bagi tujuan kerja.

    Sebagai seorang yang menjaga masa, kata Hael ia menjadi satu keperluan kerana perlu tiba tepat pada waktu.

    “Saya hanya ada pembantu bawa kereta atau pemandu peribadi. Saya tak pandai sangat bawa kereta apatah lagi nak bawa laju di jalan raya.

    “Kalau banyak acara saya kena sedia tepat pada waktu supaya pelanggan puas hati dengan servis saya, sebab saya memang seorang yang menjaga masa,” ujarnya. – Agensi

    Hael anggap tiada keperluan untuk dia ada pengawal peribadi. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda